Be Invisible


Hai. Welcome to my pink + blue blog. Feel delightful to read something about me. Read the story back here :)


Shoutbox



100% Copyright by MooNira Mokh
Powered by Blogger.
10 Disember









Assalamualaikum.


Nak tau tak dah 2 hari aku tido malam yang panjang tak tutup lampu.. sedar-sedar masa azan Subuh. Ciss, lena plak tuhh, Mak abah tak tau punn.. yela mungkin bila dieorang ingat aku main internet sampai lewat malam. Harap-harap malam ni tak bukak lampu lagi, letih tidur dalam keadaan terang :p


Okay.. sebernanya bukan nak cakap pasal tuh. Hari ni 10 haribulan kan? so, korang rasa ade ape dengan 10 ni?
ha? result PMR? Deyy.. gila ke? tak cukup lagi solat hajat aku.
Em, malam ni jom sama-sama tengok gerhana bulan.. dapat dilihat di Asia Tenggara jugak! Aww... tak sabar nak tengok nohh.. Heee,


Boleh start tengok lepas Maghrib kann? kemungkinan boleh tengok lepas Maghrib la... Jom tengok ramai-ramai! Ayuhh! semangat la wehh!


Then, sambil ade gerhana ni.. jom buat solat sunat gerhana bulan malam ni.. boleh buat pukul 9 malam, gitulaaa~


Cara-cara buat solat sunat gerhana bulan ni :


Solat ni boleh dibuat berjemaah dan bersendirian. Lebih elok buat jemaah lah kann?


Niat


Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala (mengikut imam)
Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala (sendirian)


Solat ini mengandungi 2 rakaat 4 Al-Fatihah 4 rukuk 4 sujud.


Rakaat Pertama


1. Niat dan angkat takbir
2. Baca Al-fatihah dan mana-mana surah dalam Al-quran
3. Rukuk
4. Iktidal
5. Baca Al-Fatihah dan mana-mana surah Al-quran
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Sujud 
Dan sambung seperti solat biasa.

Rakaat Kedua


1. Niat dan takbir 
2. Baca surah Al-Ftaihah dan surah pilihan
3. Rukuk
4. Iktidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah pilihan
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Sujud 
Dan solat seperti biasa.


Diakhiri dengan salam.

Older Post | Newer Post