Be Invisible


Hai. Welcome to my pink + blue blog. Feel delightful to read something about me. Read the story back here :)


Shoutbox



100% Copyright by MooNira Mokh
Powered by Blogger.
Bulann, kau hodoh!

Assalamualaikum,
terima kasih kerana masih sudi untuk buka blog ini :)

Kepada yang hantar msg kat saya, SORRY! saya takda kredit :(  (maaf terpaksa nyelit kat sini, fb tarak!)
Yeee.. saya masih celik lagi, tak tidur lagi pon!

Okay, kat sini saya nak cerita tentang bulan.. yeke bulan ni hodoh? yeke? tak caya lahh.. habis tuh orang yang taip entry ni hodoh la ek? :"( sampai hati...

Pada suatu pagi, on the way nak hantar Muzafar pergi Pangkor,kami  lalu tanah yang laaaaaaapang yang baru ditebang untuk tanam sawit baru, kott. Entahlahh..
Kami tengok tanah lapang tu dari tempat yang tinggi, bukan kami panjat pokok.. bukann.. kami di atas jambatan yang berbentuk U terbalik.. dah boleh bayangkan? kami berada di atas pucak jambatan tersebut.
tiba-tiba emak bersuara

"Cantiknyaaaa tanah lapang" dengan perasaan yang sangat terharu :")

"Apalaaahhh.. tanah kosong ni pun kata cantik?" Abah pula bersuara, dengan perasaan yang tak puas hati.

Kereta yang kami naiki, turun dengan lajunya ketika berada di atas jambatan, sampailah di ekornyaa.. iaitu di jalan raya yang rata..dan kami menghampiri tanah lapang tersebut.

Abah bersuara lagi,

"Ha.. cuba tengok, apa yang cantik tanah nii. Dari jauh tengok memanglah lawa, bila dekat tak cantik kan?" Abah beri pendapat.

Memangg! saya setuju dengan pendapat abah, tak cantik langsung tanah lapang tu.. dengan serabut nya. lubang sana lubang sini, saya serius ni.. tak tipuu..

Tiba-tiba abah memecah kesunyian lagi..

"Sama jugak lah dengan BULAN, orang tengok dia, cantiklahhh.. bulan mengambang, bulan sabitlahh.. eeiiii, cantik nyaaa... eh eh  bulan senyum lahh.. Tapiii bila pergi dekat tak cantik rupanya, lubang sana sini jugakk"

Gulp! terasa lah jugak saya, bila abah cakap bulan, bukan saya nak perasan saya ni cantik bagai bulan purnama gitu... takk! memang orang panggil sya Moon, dalam bahasa melayu nya, bulan.. jadi takde istilah perasan cantik bagai bulan purnama kat sini. muka sya bulat macam bulan ade lah!


Janganlah pandang luaran fizikal sesuatu, cuba lihat kebaikan nya... tanpa bintang, sang bulan takkan kelihatan cantik di pandangan. Bintang nampak cukup tersendiri dengan sinar cahayanya. Sentiasa berkelipan. Cantik dari kejauhan...


Di sini saya ingin memetik sedikit cerita ringkas dari sebuah novel terbitan Alaf21 yang berbunyii...

"Cuba tengok bintang tu!," Tuding Arsyad ke satu arah.

Wafiya turut memandang hala telunjuk Arsyad. Kelihatan sebutir bintang berkelip-kelip terang daripada bintang-bintang yang lain.

"Itu bintang kejora atau bintang timur. Bintang atau planet paling terang di antara yang lain," terang Arsyad tanpa dipinta.

"Tapi jika nak dibandingkan dengan bulan, apalah yang ada pada kejora tu. Hanya dianggap sebgai penyeri langit, saksi cinta sang pungguk pada bulan. Mana ada bintang atau manusia yang memuja kejora ? Cuma bulan sahaja yang dipuja pungguk. Bulan bak sang ratu di angkasa raya sedangkan bintang hanyalah keronsang-keronsang kecil yang tersemat di dada langit," Wafiya berfalsafah sendirian.



p/s, Maaf takde kena-mengena cerita diatas dengan cerita saya. Yela, malam-malam buta gini.. mata dah ngantok tulis jelah ape yang ada dalam kepala hotak saya ni. 

Kbaii,

Older Post | Newer Post