Be Invisible


Hai. Welcome to my pink + blue blog. Feel delightful to read something about me. Read the story back here :)


Shoutbox



100% Copyright by MooNira Mokh
Powered by Blogger.
TIPS KECILKAN PEHA

Assalamualaikum,
Bertemu kembali hari ini, saya nak bagi sikit tips untuk kecilkan peha, pasti anda semua risau tengok bentuk badan anda macam bentuk "pear" maaf ye kutuk, saya pon gitu jugak! Jadi, mai sama-sama amalkan sedikit tips ni, Saya harap tips kali ini dapat memberi manfaat untuk kita semua :)


1.       BAYANNGAN KERUSI
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari
  • .Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa

3.PUSINGAN BULATAN.
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. KASUT TUMIT TINGGI
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

Last sekali saya paling suka, sebab kat rumah ni berlambak kasut tumit tinggi kakak saya, termasuklah kasut saya sekali..  tapi saya ada satu je.. heee, yang lain saya rembat kakak saya punye!

Okaylahh.. saya harap tips ni dapat kecilkan peha kita :D


Older Post | Newer Post